Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
Wednesday, May 18, 2011
Bergelak Sebentar....:)
Posted by Aero Magnificent Seven at 10:18 PM 0 comments
Tuesday, May 17, 2011
Siapakah anda???~
berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Posted by Aero Magnificent Seven at 11:58 PM 0 comments
Peristiwa Aneh Seorang Nabi....
Posted by Aero Magnificent Seven at 11:41 PM 0 comments
Sabar Itu Sebahagian Daripada Keimanan...:)
KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)
Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.
Posted by Aero Magnificent Seven at 6:55 AM 0 comments
Bersabarlah Wahai Mukmin...~
g.
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Posted by Aero Magnificent Seven at 6:49 AM 0 comments
Tuesday, May 10, 2011
Mama..:))
Mama sekarang dalam keadaan yang boleh dikatakan teruk gak la...memang sgat2 sdih melihat keadaan mama....Mama tak boleh bergerak langsung...hinggakan semua diantara kami menitiskan air mata dan hanya melihat sahaja mama dlam keadaan yg bgitu uzur skali....
Mama sudah tdak sperti dlu yg sifatnya riang,,cria,,ramah,,petah brckp dan sbgainya...sekarang semuanya sudah hilang..Mungkin sudah ketentuan Ilahi...Ada hikmah disebaliknya...Namun ak sntiasa brdoa padaNya supaya mama dipulihkan dan mnjd sperti sifatnya yg dahulu...tak sanggup kami lihat mama dalam keadaan bgitu....:((
Ya Allah....Kau pulihkan la mama...kami rindu akan sifatnya yang dahulu....Kami xsggup mlihat keadaan mama yang sgat uzur....AMINN..:))
Posted by Aero Magnificent Seven at 5:42 AM 0 comments
Sunday, May 1, 2011
Joging2..!
Alhamdulillah...spanjang duk uma ni,,ak xptus2 p jog....smangat WATANIAH kut huhu...ak brcdg nk joging smpai abes cty sem nnt,,,2 bulan tuuu....kang nnti xecercise,,,brat brtmbah kut,,huhu..
Ak ctat mase spnjag ak jog nih,,makin lme makin cpat lak...ALhamdulillah..1 prkmbangan yg xdsgke2...Semua atas kurniaan Allah...:D
Ak joging kt kwasan taman uma ak jer,,,trek xla pnjg sgat pn..lam 3 km gitu...tp xpe....ok la gk krenye tuhh..huhu
Insya Allah,,hrapan ak,,ak nak kwan2 ak kt poli tgok ak da brubah..nmpak lain,,huhuhu..
Doakan ea.. :D
Posted by Aero Magnificent Seven at 8:00 PM 0 comments