Monday, August 22, 2011

PELIK....

PELIK YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

PELIK YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.

PELIK YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.

PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bacaannya lama dan panjang.

PELIK YA, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

PELIK YA, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mel internet SMS, MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

PELIK YA, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mel tapi bila berpesan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Thursday, August 4, 2011

-Api Neraka-


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."